ProSkills Trainers' Homepage
About ProSkills Trainers
Our Training Programmes
Our Trainers
News of Recent Training Programmes
Photos of Past Training Programmes
Testimonials of Past Participants
Public Speaking Resources
Contact ProSkills Trainers



Join Our Mailing List!
 
Like Us on Facebook!
 
 
Recommend Us on Google!
 


Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara™ (reports)


View reports of ALL programmes

Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara
17 & 18hb. Oktober 2009
@ 29-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kelang Lama

Kursus ini telah dibuka kepada orang awam buat kali pertama! Walaupun bilangan peserta hanya 6 orang, ia sudah dikira baik memandangkan bulan Raya masih belum tamat! Peserta terdiri daripada 4 perempuan dan 2 lelaki.

Selain dianjurkan untuk kali pertama, kami juga menjalankan kursus ini di tempat baru. Antara kelebihan tempat baru ini ialah ia menyediakan bilik-bilik solat yang dikhususkan. Makanan juga mudah didapati. Kami bersarapan pagi di OldTown White Coffee yang berdekatan dan makan tengahari di Restoran Nasi Kandar Ibrahim Maju. Walaupun terdapat beberapa lagi tempat makan yang berdekatan, para peserta memilih untuk menjamah masakan mamak!

Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara Azmi Shahrin - Public Speaking Coach & Trainer
Tempat berkursus yang baru yang lebih canggih Jurulatih Azmi Shahrin yang juga bertambah canggih

Untuk kali ini, semua peserta sedia memiliki serba sedikit pengalaman menyampaikan ucapan di khalayak ramai. Namun, peningkatan yang dicapai sungguh mengkagumkan. Pada akhir hari pertama, para peserta mampu menggunakan gerakan tangan yang menarik serta suara yang lantang, sekaligus menjadikan ucapan mereka lebih bertenaga. Pada hari kedua pula, tumpuan diberikan kepada tatapan mata, cara berdiri, kepelbagaian suara dan lain-lain.

Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara
Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara
Peserta-peserta menyampaikan "ucapan penamat"

Para peserta amat berpuas hati dengan peningkatan masing-masing. Seorang peserta mengatakan bahawa kaedah latihan yang digunakan adalah sangat berkesan walaupun ianya mudah. Para peserta juga seronok mendapat tumpuan peribadi yang lebih dan masa berlatih yang banyak dek bilangan peserta yang agak rendah!

Salah seorang peserta juga merupakan ahli Kelab Pidato Perdana. Diharap peserta lain turut mendaftarkan diri sebagai ahli kelab ini agar dapat terus berlatih dan terus maju!

~ Dilaporkan oleh Sandy Tan

Back to top


Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara™ untuk Pelajar-pelajar Sekolah Menengah
8 & 9hb. Jun 2009
@ Menara Telekom, Bangsar

Kursus ini tidak dibuka kepada awam, sebaliknya ia dianjurkan oleh Kelab TM Ibu Pejabat untuk anak-anak kakitangan Telekom. Ia diadakan di Menara Telekom, Jalan Pantai Baharu.

Kursus ini telah dihadiri oleh 10 peserta yang terdiri daripada 9 anak warga Telekom dan seorang lagi yang dibawa masuk oleh ProSkills Trainers.

Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara
10 peserta dengan jurulatih

Ini merupakan julung kali kami menggunakan buku kerja yang baru dan nama kursus yang baru iaitu "Bebas Bersuara". Sungguh bertepatan nama ini, kerana para peserta yang pada mulanya tidak berani bersuara telahpun mampu menyuarakan isi hati dengan bebas di hujung kursus.

Seperti selalu, ibu bapa telah dijemput menghadiri majlis penamat di mana anak-anak mereka telah masing-masing menyampaikan sebuah ucapan. 3 pemenang terpaksa dipilih daripada kalangan 10 pemidato yang hebat. Rata-rata, tiada ibu bapa yang menyesal kerana menghantar anak ke kursus ini!

Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara
Jurulatih memberi taklimat kepada 2 orang Pengacara Majlis Ibu bapa & peserta menunggu majlis bermula Pengelola Ahmad Zan, Jurulatih Azmi Shahrin, Pemidato Terbaik Nawal

Setelah selesai semua, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan puas. Semoga ada lagi peluang pada masa-masa akan datang untuk mengadakan kursus ini.

~ Dilaporkan oleh Sandy Tan

Back to top

View reports of ALL programmes