Public Speaking & Presentation Skills Courses in Malaysia - ProSkills Trainers Home Public Speaking & Presentation Skills Courses in Malaysia - ProSkills Trainers Azmi Shahrin - Public Speaking Coach & Trainer Azmi Shahrin - Public Speaking Coach & Trainer Azmi Shahrin Azmi Shahrin Azmi Shahrin Azmi Shahrin Azmi Shahrin - Public Speaking Coach & Trainer Azmi Shahrin
Latest Schedule of Training Programmes
About Our Training Company
Our Training Programmes
Our Trainers
Reports of Training Programmes
Photos of Training Programmes
Comments by Training Programme Participants
Articles on Public Speaking and Presentation Skills
Public Speaking Links
Contact ProSkills Trainers


Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara™ (reports)

View reports of ALL programmes

Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara
17 & 18hb. Oktober 2009
@ 29-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kelang Lama

Kursus ini telah dibuka kepada orang awam buat kali pertama! Walaupun bilangan peserta hanya 6 orang, ia sudah dikira baik memandangkan bulan Raya masih belum tamat! Peserta terdiri daripada 4 perempuan dan 2 lelaki.

Selain dianjurkan untuk kali pertama, kami juga menjalankan kursus ini di tempat baru. Antara kelebihan tempat baru ini ialah ia menyediakan bilik-bilik solat yang dikhususkan. Makanan juga mudah didapati. Kami bersarapan pagi di OldTown White Coffee yang berdekatan dan makan tengahari di Restoran Nasi Kandar Ibrahim Maju. Walaupun terdapat beberapa lagi tempat makan yang berdekatan, para peserta memilih untuk menjamah masakan mamak!

Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara Azmi Shahrin - Public Speaking Coach & Trainer
Tempat berkursus yang baru yang lebih canggih
Jurulatih Azmi Shahrin yang juga bertambah canggih

Untuk kali ini, semua peserta sedia memiliki serba sedikit pengalaman menyampaikan ucapan di khalayak ramai. Namun, peningkatan yang dicapai sungguh mengkagumkan. Pada akhir hari pertama, para peserta mampu menggunakan gerakan tangan yang menarik serta suara yang lantang, sekaligus menjadikan pidato mereka lebih bertenaga. Pada hari kedua pula, tumpuan diberikan kepada tatapan mata, cara berdiri, kepelbagaian suara dan lain-lain.

Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara
Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara
Peserta-peserta menyampaikan "pidato penamat"

Para peserta amat berpuas hati dengan peningkatan masing-masing. Seorang peserta mengatakan bahawa kaedah latihan yang digunakan adalah sangat berkesan walaupun ianya mudah. Para peserta juga seronok mendapat tumpuan peribadi yang lebih dan masa berlatih yang banyak dek bilangan peserta yang agak rendah!

Salah seorang peserta juga merupakan ahli Kelab Pidato Perdana Kuala Lumpur. Diharap peserta lain turut mendaftarkan diri sebagai ahli kelab ini agar dapat terus berlatih dan terus maju!

Dilaporkan oleh Sandy Tan

Back to top


Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara™ untuk Pelajar-pelajar Sekolah Menengah
8 & 9hb. Jun 2009
@ Menara Telekom, Jalan Pantai Baharu

Kursus ini tidak dibuka kepada awam, sebaliknya ia dianjurkan oleh Kelab TM Ibu Pejabat untuk anak-anak kakitangan Telekom. Ia diadakan di Menara Telekom, Jalan Pantai Baharu.

Kursus ini telah dihadiri oleh 10 peserta yang terdiri daripada 9 anak warga Telekom dan seorang lagi yang dibawa masuk oleh ProSkills Trainers.

Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara
10 peserta dengan Jurulatih

Ini merupakan julung kali kami menggunakan buku kerja yang baru dan nama kursus yang baru iaitu "Bebas Bersuara". Sungguh bertepatan nama ini, kerana para peserta yang pada mulanya tidak berani bersuara telahpun mampu menyuarakan isi hati dengan bebas di hujung kursus.

Seperti selalu, ibu bapa telah dijemput menghadiri majlis penamat di mana anak-anak mereka telah masing-masing menyampaikan sebuah pidato. 3 pemenang terpaksa dipilih daripada kalangan 10 pemidato yang hebat. Rata-rata, tiada ibu bapa yang menyesal kerana menghantar anak ke kursus ini!

Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara
Jurulatih memberi taklimat kepada 2 orang Pengacara Majlis
Ibu bapa & peserta menunggu majlis bermula
Pengelola Ahmad Zan, Jurulatih Azmi Shahrin, Pemidato Terbaik Nawal

Setelah selesai semua, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan puas. Semoga ada lagi peluang pada masa-masa akan datang untuk mengadakan kursus ini.

Dilaporkan oleh Sandy Tan

Back to top

View reports of ALL programmes