|
Kursus Pengurusan Majlis Cemerlang
Kursus intensif 3 hari ini disediakan khusus untuk mereka yang memerlukan kemahiran mengurus majlis dengan berkesan.
Matlamat Kursus
Kursus ini bertujuan untuk membekalkan para peserta dengan kaedah-kaedah pengurusan majlis, membantu mereka memantapkan kemahiran pengurusan majlis yang sedia ada, menambah keyakinan mereka mengurus majlis sekali gus meningkatkan imej sesebuah syarikat atau mana-mana pihak penganjur menerusi pengurusan majlis yang profesional dan cemerlang.
Pendekatan Kursus
Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 60% masa untuk para peserta berlatih kaedah-kaedah pengurusan majlis melalui kegiatan berseorangan atau berkumpulan. Nota akan disediakan untuk setiap modul. Bilangan peserta dihadkan kepada 20 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi.
Sukatan Kursus
Modul 1
Pengenalan kepada Pengurusan Majlis
-
Takrif & matlamat majlis
- Proses perancangan majlis
|
Modul 2
Pembentukan Konsep Acara
-
Jenis-jenis majlis serta konsep |
Modul 3
Penulisan Kertas Kerja
- Kerangka kertas kerja
- Konsep acara
- Pembentukan dan struktur jawatankuasa penganjur
- Belanjawan
- Sumber pembiayaan |
Modul 4
Perancangan & Pelaksanaan Pra Majlis
- Pengurusan logistik, makanan dan keselamatan
- Kaedah pengurusan projek menggunakan Carta Gann |
Modul 5
Pencetakan Dokumen Majlis
- Jenis-jenis dan kerangka dokumen majlis
- Aturcara majlis |
Modul 6
Pemasaran & Komunikasi Majlis
- Ruang lingkup dan sasaran pemasaran
- Jenis-jenis komunikasi |
Modul 7
Persediaan Tapak Majlis
- Persediaan dewan
- Penyusunan kerusi VIP dan peserta
- Muzik latar dan alat bantu
- Persediaan makanan |
Modul 8
Pengurusan Hari Majlis
- Maklumat dan arahan-arahan majlis
- Pendaftaran peserta
- Mengurus Pengacara Majlis
- Menyambut tetamu kehormat |
Modul 9
Pengacara Majlis
- Jenis-jenis majlis
- Ciri-ciri dan peranan Pengacara
- Protokol dan susunan keutamaan
- Panggilan hormat dan gelaran |
Modul 10
Penamatan Majlis
- Kaedah dan kerangka borang penilaian
- Penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan
- Penilaian |
Jadual Kursus
| Masa |
Hari Pertama |
Hari Kedua |
Hari Ketiga |
| 9.00-10.30 pagi |
Pengenalan kepada Pengurusan Majlis (M1)
Pembentukan Konsep Acara
(M2) |
Pemasaran & Komunikasi Majlis (M6) |
Pengacara Majlis (M9 bersambung) |
| 10.30-10.45 pagi |
Minum pagi |
10.45 pagi-
12.30 ptg |
Penulisan Kertas Kerja (M3) |
Persediaan Tapak Majlis (M7) |
Pengacara Majlis (M9 bersambung) |
| 12.30-1.30 ptg |
Makan tengahari |
| 1.30-3.30 ptg |
Perancangan & Pelaksanaan Pra Majlis (M4) |
Pengurusan Hari Majlis (M8) |
Penamatan Majlis (M10) |
| 3.30-3.45 ptg |
Minum petang |
| 3.45-5.00 ptg |
Pencetakan Dokumen Majlis (M5) |
Pengacara Majlis (M9) |
Rumusan |
Kami juga boleh mengubahsuai sukatan kursus ini untuk memenuhi keperluan khusus organisasi anda. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.
|