ProSkills Trainers' Homepage
About ProSkills Trainers
Our Training Programmes
Our Trainers
News of Recent Training Programmes
Photos of Past Training Programmes
Testimonials of Past Participants
Public Speaking Resources
Contact ProSkills Trainers



Join Our Mailing List!
 
Like Us on Facebook!
 
 
Recommend Us on Google!
 


Kursus Pengucapan Awam Bebas Bersuara


Sebuah kursus intensif pengucapan awam yang mengambil masa 2 hari.

Matlamat Kursus

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta mengatasi darah gemuruh serta mempelajari kaedah-kaedah pengucapan awam yang asas. Peserta juga diberi nasihat dan panduan untuk terus meningkatkan dan memantapkan kemahiran sedia ada. Kursus ini amat sesuai sebagai langkah permulaan untuk sesiapa yang ingin berkomunikasi secara berkesan dan berhasrat menjadi pemidato yang cemerlang. Setelah mengikuti kursus ini, peserta akan berkeyakinan untuk menyampaikan ucapan yang berkesan dan memberangsangkan.

Pendekatan Kursus

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran pengucapan awam. Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Buku kerja ini juga mengandungi latihan-latihan tambahan untuk digunakan oleh peserta setelah tamat kursus. Bilangan peserta dihadkan kepada 15 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi.

Sukatan Kursus

Modul 1
Pengenalan kepada Ilmu Pidato - perihal pentingnya kemahiran pengucapan awam, imbasan pidato-pidato yang agung
Modul 2
Penilaian Diri - di mana saya berada sekarang dan ke mana saya ingin tuju?
Modul 3
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan - projek ucapan pertama
Modul 4
Penyusunan Ucapan - pembukaan, isi kandungan & penutup, logik & urutan
Modul 5
Bahasa Tubuh - gerakan tangan, gaya berdiri, mimik muka, tatapan mata
Modul 6
Kepelbagaian Suara - kederasan & kelantangan suara, kaedah berdiam seketika
Modul 7
Perbendaharaan Kata Pinjaman - mengurangkan penggunaan perkataan-perkataan yang dicedok daripada Bahasa Inggeris, sebutan yang betul untuk perkataan pinjaman yang boleh diterima
Modul 8
Langkah-langkah Selanjutnya - penilaian diri sekali lagi, perbandingan dengan keputusan terdahulu, apa yang perlu dilakukan sekarang untuk terus maju

Jadual Kursus

Masa Hari Pertama Hari Kedua
9.00-10.45 pagi Pengenalan kepada Ilmu Pidato (M1)
Penilaian Diri (M2)
Kepelbagaian Suara (M6)
Latihan Berseorangan
10.45-11.00 pagi Minum Pagi
11.00 pagi-12.45 ptg Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan (M3)
Latihan Berseorangan
Perbendaharaan Kata Pinjaman (M7)
Latihan Berseorangan
12.45-1.45 ptg Makan Tengahari
1.45-3.15 ptg Penyusunan Ucapan (M4)
Latihan Berseorangan
Kegiatan Berkumpulan - menerapkan semua kemahiran
3.15-3.30 ptg Minum Petang
3.30-5.00 ptg Bahasa Tubuh (M5)
Latihan Berseorangan
Kegiatan Berkumpulan - menerapkan semua kemahiran
Langkah-langkah Selanjutnya (M8)

Kursus ini untuk siapa?

Kursus Pengucapan Awam ini boleh dikendalikan untuk orang dewasa, termasuk eksekutif dan pengurus, pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah untuk mereka yang lebih muda (dengan penyesuaian). Kami berpegang bahawa setiap insan memerlukan kemahiran berpidato dan patut memperoleh kemahiran ini seawal mungkin.

Kami juga boleh mengubahsuai sukatan kursus ini untuk memenuhi keperluan khusus organisasi anda. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.