|
Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara™
Kursus intensif 2 hari ini mampu membantu para peserta mengatasi darah gemuruh dan mempelajari kaedah-kaedah berpidato.
Matlamat Kursus
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta ciri-ciri sebuah ucapan yang baik, menyediakan latihan amali untuk para peserta meningkatkan keyakinan diri serta memberi nasihat dan panduan kepada mereka untuk terus meningkatkan dan memantapkan kemahiran sedia ada. Kursus ini amat sesuai sebagai langkah permulaan untuk sesiapa yang ingin berkomunikasi secara berkesan dan berhasrat menjadi pemidato yang cemerlang. Setelah mengikuti kursus ini, peserta mampu menyampaikan ucapan dengan berkeyakinan lagi memberangsangkan.
Pendekatan Kursus
Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran berpidato. Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Buku kerja ini juga mengandungi latihan-latihan tambahan untuk digunakan oleh peserta setelah tamat kursus. Bilangan peserta dihadkan kepada 15 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi.
Sukatan Kursus
Modul 1
Pengenalan kepada Ilmu Pidato -
perihal pentingnya kemahiran berpidato, imbasan pidato-pidato yang agung |
Modul 2
Penilaian Diri -
di mana saya berada sekarang dan ke mana saya ingin tuju? |
Modul 3
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan -
projek ucapan pertama |
Modul 4
Penyusunan Pidato -
pembukaan, isi kandungan & penutup, logik & urutan |
Modul 5
Bahasa Tubuh -
gerakan tangan, gaya berdiri, mimik muka, tatapan mata |
Modul 6
Kepelbagaian Suara -
kederasan & kelantangan suara, kaedah berdiam seketika |
Modul 7
Perbendaharaan Kata Pinjaman -
mengurangkan penggunaan perkataan-perkataan yang dicedok daripada Bahasa Inggeris, sebutan yang betul untuk perkataan pinjaman yang boleh diterima |
Modul 8
Langkah-langkah Selanjutnya -
penilaian diri sekali lagi, perbandingan dengan keputusan terdahulu, apa yang perlu dilakukan sekarang untuk terus maju |
Jadual Kursus
| Masa |
Hari Pertama |
Hari Kedua |
| 9.00-10.30
pagi |
Pengenalan kepada Ilmu Pidato (M1)
Penilaian Diri
(M2) |
Kepelbagaian Suara (M6)
Latihan Berseorangan |
| 10.30-10.45
pagi |
Minum pagi |
| 10.45
pagi-12.30 ptg |
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan (M3)
Latihan Berseorangan |
Perbendaharaan Kata Pinjaman (M7)
Latihan Berseorangan |
| 12.30-1.30
ptg |
Makan tengahari |
| 1.30-3.30
ptg |
Penyusunan Pidato (M4)
Latihan Berseorangan |
Kegiatan Berkumpulan - menerapkan semua kemahiran |
| 3.30-3.45
ptg |
Minum petang |
| 3.45-5.00
ptg |
Bahasa Tubuh (M5)
Latihan Berseorangan |
Kegiatan Berkumpulan -
menerapkan semua kemahiran
Langkah-langkah Selanjutnya
(M8) |
Kursus ini untuk siapa?
Kursus Kemahiran Berpidato ini boleh dikendalikan untuk orang dewasa, termasuk eksekutif dan pengurus, pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah untuk mereka yang lebih muda (dengan penyesuaian). Kami berpegang bahawa setiap insan memerlukan kemahiran berpidato dan patut memperoleh kemahiran ini seawal mungkin.
Kami juga boleh mengubahsuai sukatan kursus ini untuk memenuhi keperluan khusus organisasi anda. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.
|